SET HERBANIKA BERSALIN
Herbanika Bersalin dari Nona Roguy adalah rumusan tradisional daripada Nona Roguy (NR) disediakan istimewa untuk ibu-ibu berpantang, kesihatan bersalin dan kecantikan. Ianya juga sesuai untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan selepas habis tempoh berpantang. Sesuai digunakan samada bersalin secara normal atau pembedahan.
Kini tradisi ini diperturunkan dalam bentuk yang mudah digunakan dan dapat diamalkan oleh semua orang untuk amalan kesihatan dan kecantikan badan. Berbekalkan rumusan herba-herba asli daripada khazanah hutan hujan tropika dan petua serta adat resam dahulu, rangkaian herba Nona Roguy(NR) diproses melalui penggunan mesin-mesin yang termoden dengan taraf piawaian dan ketetapan yang telah ditentukan oleh kerajaan.
Produk ini adalah buatan dan keluaran Malaysia.
Antara produk yang terdapat dalam Rangkaian Herbanika Bersalin:
Mengandungi :
* PhytoNatal - dalam bentuk tablet untuk dimakan
* Akar Herbanika - dalam bentuk paket dan perlu dicampur air untuk diminum
* Minyak Herbanika - minyak sapuan pada perut, pinggang dan badan
* Herbanika barut - sapuan pada perut dan pinggang
* Uncang Cuci Herbanika - untuk jagaan kebersihan dan kesegaran wanita
* Herbanika Lulur - untuk menyental kulit, kehalusan dan kebersihan kulit
Set Herbanika Bersalin Nona Roguy (pil phytonatal 90 tablets,akar herbanika 10 peket,minyak herbanika 100ml,krim herbanika barut 60gm , uncang cuci herbanika 10 peket,herbanika lulur 100gm )
- PhytoNatal 90 biji.
- Krim Herbanika Barut 60g.
- Herbanika Lulur 100g.
- Minyak Herbanika 100ml.
- Uncang Cuci Herbanika 10 t-bag.
- Akar Herbanika 10 t-bag
Digunakan secara tradisional untuk menguatkan badan dan mengurangkan berat badan selepas bersalin.
Khasiat PhytoNatal
Cara Guna PhytoNatal
- Kelawasan biasa – makan 2 – 3 biji 1 kali sehari.
- Terlalu lawas (Sensitif) – makan 1- 2 biji 1 kali sehari.
- Tidak lawas (Sembelit) – makan 3 – 5 biji 1 atau 2 kali sehari.
Krim Herbanika Barut 60g.
Digunakan secara tradisional untuk mengencangkan kembali otot-otot perut terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Juga digunakan untuk membantu melegakan sakit sendi dan otot.
Khasiat Krim Herbanika Barut
Cara Guna Krim Herbanika Barut
- Digunakan dua (2) kali sehari pada sebelah pagi selepas mandi dan pada sebelah malam (sebelum tidur).
- Sapu Krim Herbanika Barut ke seluruh perut dan pinggang.
- Lumurkan Minyak Herbanika kemudian sapukan Krim Herbanika Barut ke pinggang, perut dan bahagian ari-ari.
- Pakailah bengkung.
- Dilakukan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.
- Pada waktu petang, bersihkan dan pakai semula seperti cara di atas. Gantikan dengan bengkung yang baru atau bersih.
- Pakai sepanjang malam.
Herbanika Lulur 100g.
Digunakan secara tradisional sebagai penyental kulit untuk mengurangkan bintik-bintik hitam, untuk kehalusan, kesihatan dan kebersihan kulit.
Khasiat Herbanika Lulur
Cara Guna Herbanika Lulur
- Sebelum mandi, duduk atas tikar atau plastik dan mulai lulur seluruh badan seperti berikut:
- 1 – 2 sudu besar Herbanika Lulur dicampur dengan air panas suam serta sedikit air florida (supaya serbuk lulur tidak bertempek).
- Gosokkan ke atas kulit badan, kaki, betis, tapak kaki, tangan, lengan dan belakang.
- Sapu kaki dan tapak kaki dengan air Florida dan pakai stokin yang tipis.
Minyak Herbanika 100ml.
Digunakan secara tradisional untuk kesegaran ibu-ibu dalam pantang bersalin, menguatkan otot perut dan payudara, mengurangkan regangan kulit perut akibat mengandung, melegakan batuk dan sakit anggota badan, sakit otot dan sendi, melancarkan peredaran darah dan mengurangkan kahak.
Khasiat Minyak Herbanika
Cara Guna Minyak Herbanika
Bersalin secara Normal
- Sapukan Minyak Herbanika di pinggang, perut, bahagian ari-ari dan celah-celah peha.
- Sangat mujarab digunakan untuk urut.
- Boleh guna bengkung (jika perlu), ikat biar selesa.
Bersalin secara Pembedahan (cesarean)
- Hanya sapu Minyak Herbanika ke bahagian abdomen atas dan bawah, belakang serta bahagian pinggul dan gunakan kain barut atau bengkung untuk membarut bahagian-bahagian tersebut.
Bengkak payudara
- Urut Minyak Herbanika ke kawasan payudara dan dengan lembut tekan puting untuk mengeluarkan susu.
- Jika bengkak, rendamkan tuala kecil ke dalam air panas dan letakkan ke kawasan bengkak. Ulang sehingga payudara lembut. Keringkan dan pakai semula Minyak Herbanika di payudara.
- Bersihkan puting sebelum menyusu bayi.
Uncang Cuci Herbanika 10 t-bag.
Digunakan secara tradisional sebagai air cebok untuk kebersihan kesihatan dan kesegaran wanita untuk melegakan keputihan dan gatal-gatal ringan.
Khasiat Uncang Cuci Herbanika
Cara Guna Uncang Cuci Herbanika
- Rendam 2 Uncang Cuci Herbanika dalam 1/2 liter air panas mendidih.
- Biarkan warna air bertukar kepada kekuningan herba.
- Boleh memasukkan 2 sudu besar garam ke dalam air herba.
- Kemudian masukkan sedikit air biasa supaya panasnya tidak melecurkan kulit.
- Guna airnya untuk mencebok atau menggunakan kapas untuk mencuci alat peribadi wanita.
- Boleh diamalkan pada setiap pagi, petang dan malam.
Akar Herbanika 10 t-bag
Digunakan secara tradisional untuk menambahkan khasiat pemakanan terutama ibu-ibu lepas bersalin, bagi menguatkan dan menyegarkan anggota badan, juga digunakan secara tradisional bagi lelaki dan wanita untuk mengurangkan air berlebihan dalam badan dengan melawaskan pembuangan air kecil, membantu mengurangkan berat badan, keletihan dan sakit-sakit sendi. Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.
Khasiat Akar Herbanika
Cara Guna Akar Herbanika
Rebus 1 pkt uncang Akar Herbanika dengan sukatan 1 liter air sehingga keluar pati teh herba.
- Campurkan 1 sudu teh Madu Lebah Asli sebagai penawar & sumber tenaga.
- Minum suam panas 3 – 4 cawan sehari.
- Jika berpenyakit Kencing Manis, minum tanpa Madu Lebah.
- Jika mengalami lebihan angin dalam badan, didihkan 5 paket uncang akar herbanika bersama-sama halia tua dalam 1 liter air. Tambahkan madu asli. Minum ketika suam-suam.
- Jika mengalami lebihan angin dalam badan, didihkan 5 paket uncang akar herbanika bersama-sama halia tua dalam 1 liter air. Tambahkan madu asli. Minum ketika suam-suam.
- Boleh disimpan didalam termos untuk mengekalkan kepanasannya
No comments:
Post a Comment