Wednesday

JAMU MAK DARA - Set Bersalin Ibu Halimah


Amalan berpantang selepas bersalin telah menjadi tradisi bagi masyarakat Melayu. Amalan tersebut sangat dititikberatkan oleh emak Ibu Halimah ketika beliau di dalam tempoh berpantang.
Set Bersalin Ibu Halimah adalah hasil daripada amalan turun-temurun keluarga beliau, dan kini, ia diperkenalkan untuk kegunaan umum. Ramuan yang digunakan adalah 100% herba hutan hujan tropika dah tidak mengandungi bahan tiruan,manakala bengkung yang disediakan adalah bengkung tradisional Melayu.
Set Bersalin Ibu Halimah ini merangkumi
 Jamu Mak Dara (Serbuk)
 Jamu Mak Dara (Kapsul)
 Losyen Param Ibu Halimah
 Pilis
 Bedak Sejuk
 Rempah Mandi
 Bengkung  
 Tungku Kukus Herba

Set Bersalin juga disertakan dengan panduan penggunaan and petua di dalam pantang
  Kelebihan & Khasiat :
·         Menyuburkan Rahim.
·         Mengatasi masalah keputihan.
·         Merapatkan faraj.
·         Mengembalikan tenaga.
·         Menambahkan nafsu syahwat.
·         Membakar lemak dan menurunkan berat badan.
·         Memperbaiki Sistem kitaran haid.
·         Membuang Angin dan masalah bau badan.
·         Mengatasi masalah sakit pinggang dan lemah badan.
Cara Penggunaan :
Jamu Mak dara ( Serbuk)
Bancuhkan satu sudu besar  (tidak terlalu penuh ) kedalam setengah cawan yang berisi air panas,tunggu sehingga air tersebut menjadi suam baru minum jamu tersebut. Untuk melancarkan proses penyerapan jamu tersebut minum atau lapiskan dengan segelas air suam.
Sekiranya anda menyusu badan , disarankan semasa meminum jamu tersebut ampukan payudara anda dengan lengan tangan sambil meneguk air jamu mak dara tersebut. Ini bertujuan agar air jamu mak dara tersebut tidak memasuki laluan penyusuan. Banyakkan meminum air suam ketika dalam pantang. Amalkan meminum jamu ini sebanyak 2 kali sehari iaitu setiap pagi dan malam sebelum makan. ( sebelum sarapan atau makan malam).
Jamu mak dara ( Kapsul )
Amalkan pengambilan kapsul ini sebanyak 2 biji,  2 kali sehari iaitu setiap pagi dan malam sebelum makan. ( sebelum sarapan atau makan malam),
Losyen Ibu Halimah
Sapukan losyen tersebut diseluruh anggota badan terutama sekali di bahagian pinggang ke pergelangan kaki setiap kali selepas mandi. Losyen ini bertujuan untuk memanaskan badan ,menghilangkan  sejuk , angin-angin dalam badan, kebas-kebas , lenguh-lenguh  pada badan dan mengurangkan kesan-kesan kulit pecah pada badan.
Pilis
Sapukan pada bahagian dahi setiap kali selepas mandi. Pilis ini bertujuan untuk mencegah rasa sakit pada ubun kepala atau pening kepala dan gelap mata yang selalu dialami ketika dalam pantang.
Bedak Sejuk
Ambil 3 hingga 5 butir bedak dan tambah dengan air sehinga menjadi pes. Sapu pada bahagian muka seperti pipi, dagu ,leher dan bahagian lain untuk menghilangkan kesan kesan hitam .Biarkan sehingga kering dan cuci apabila perlu.Seelok elok nya di biarkan selama mungkin agar kebaikan bedak sejuk dapat di serap oleh kulit.
Rempah Mandian
Ambil segenggam  rempah mandian  dan rebus kedalam periuk air hingga mendidih dan campurkan air rebusan tersebut kedalam baldi mandian. Rempah Mandian ini dapat menyingkirkan sel-sel kulit yang mati dan dapat membuang angin serta mengelakkan dari tubuh dimasuki angin.

Bengkung Jamu Mak Dara

Bengkung Jamu Mak Dara sangat efektif untuk mengembalikan bentuk tubuh ibu- ibu bersalin selepas melahirkan kepada bentuk asal melalui penggunaan yang konsisten. Apa yang perlu dilakukan, letakan bengkung pada badan dari paras bawah payudara ke paras lutut. Balutkan bengkung pada badan dengan kemas kemudian masukkan tali bengkung kedalam lubang yang sedia ada, pastikan tali di masukkan dengan ketat agar kedudukan bengkung lebih kemas .Lilit kan tali mengukut lubang –lubang nya dan akhirkan melilit tali bengkung dengan ikatan yang ketat dan kemas . Para ibu juga digalakan menyapu losen ibu Halimah terlebih dahulu sebelum mengenakan bengkung.Ini kerana kehangatan losyen dan ikatan kemas bengkung dapat merapatkan tulang pinggul dan punggung serta mengempiskan bahagian perut. Di sarankan bengkung digunakan setiap pagi sejurus selepas mandi terus ke malam sehingga tidur selama tempoh berpantang.
Tungku Herba
Tungku herba ini diperbuat herba dan rempah ratus yang menjadikan ia bahan pemulih semulajadi. Selain itu ia juga di gunakan untuk pelbagai kebaikan kerana kehangatan dari batu tungku ini dapat membuka liang liang roma seterusnya memudahkan penyerapankebaikan herba dan rempah ratus oleh tubuh. Basahkan tungku dengan sedikit air agar batu tungku agak lembab. Kukus atau panaskan tungku herba selama lebih kurang 20 minit. Lapiskan dengan satu lapis kain sekiranya panas kemudian tuam pada bahagian yang berkenaan. Panaskan semula sekiranya tungku menjadi kurang panas. Biarkan ia sejuk dan kering sepenuhnya selepas di gunakan sebelum di simpan.



No comments:

Post a Comment